NUffnang

Sony Memperkenalkan Tiga Telefon Pintar Baru – Xperia J, Xperia V dan Xperia T


Sony Memperkenalkan Tiga Telefon Pintar Baru – Xperia J, Xperia V dan Xperia T

Bersama-sama dengan tablet terbaru daripada Sony, iaitu Xperia Tablet S, Sony turut sama mengumumkan tiga telefon pintar terbaru mereka yang menjalankan sistem operasi Android, iaitu Xperia T, Xperia V dan juga Xperia J.
Ketiga-tiga peranti ini telah diperkatakan sejak beberapa minggu lepas, disamping gambar awal yang telah kelihatan sejak daripadanya. Xperia J merupakan telefon pintar mampu milik, manakala Xperia V didatangkan dengan beberapa fungsi terbaru, termasuk sokongan rangkaian LTE yang semakin berkembang, sokongan NFC, dan juga kalis daripada air.
Xperia T pula merupakan peranti dengan spesifikasi tinggi terbaru daripada Sony, selain daripada Xperia S dan Ion yang kini di pasaran. Xperia T membawakan kamera 13-megapixel terbina padanya, disamping menyertakan skrin seluas 4.6-inci dengan paparan HD. Ia turut dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, sokongan MHL dan radio FM paanya. Ia akan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandiwich, dan kemaskini Jelly Bean akan diperkenalkan dalam masa terdekat selepas pelancarannya.
Ketiga-tiga peranti ini masih tidak diketahui bilakah akan mula dijual di Malaysia.
Credit: amanz.my

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

0

 
biz.